IMA Abacus Mental Arithmetic, Kids Learning, Children Learning, IMA Academic, Sensory, Programmes, Foundation, Education, Creative Thinking, IMA, Abacus, Mental Arithmetic, Centre, Franchise, Learning Centre, Children Learning Centre, Enrichment Centre, Mental Arithmetic Learning Malaysia, Abacus Learning Malaysia IMA Abacus Mental Arithmetic, Kids Learning, Children Learning, IMA Academic, Sensory, Programmes, Foundation, Education, Creative Thinking, IMA, Abacus, Mental Arithmetic, Centre, Franchise, Learning Centre, Children Learning Centre, Enrichment Centre, Mental Arithmetic Learning Malaysia, Abacus Learning Malaysia
Perutusan Pengarah IMA Pengenalan Syarikat IMA Sejarah Syarikat IMA Akademik Staf IMA Tonggak IMA Testimoni IMA Tanggungjawab IMA Penyempurnaan IMA Anugerah & Pengiktirafan IMA
Tutup  X

Perutusan Pengarah IMA

  • Pengarah Kumpulan IMA  

    Mr. Sam Tai
  • Pengarah Kumpulan IMA 

    Mr. Y.C.Leong
Kembali

 

Pada majilis yang istimewa ini, Saya berasa amat gembira untuk berkongsi dengan hadirin sekalian mengenai asal-usul, misi Pusat Pekembangan Perkembangan Mental Arikmetik (IMA) serta sebab IMA menjadi pilihan utama anda. Pusat Perkembangan Minda Arikmetik (IMA) telah ditubuhkan sejak tahun 1997.


Kami bermula daripada sebuah pusat latihan abakus yang kecil dan komited untuk mempromosikan pendidikan abakus ini dan berkembang untuk menjadi senuah Pusat Perkembangan Mental Arikmetik sebagaimana yang anda dapat lihat pada hari ini. Bermula daripada sebuah pusat latihan abakus yang yang berkecimpung dalam industri swasta, pusat ini telah menjadi sebuah institusi pendidikan yang mendapat kepercayaan para ibu-bapa, masyarakat dan juga mendapat akredetasi daripada Badan-Badan Pendidikan. Misi utama Pusat Perkembangan Minda Arikmetik (IMA) ini adalah jelas untuk mermpromosikan abakus, menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif serta menerokai potensi murid. Penyertaan dalam pertandingan peringkat antarabangsa yang diadakan dua tahun sekali serta peperiksaan yang diduduki murid, mereka dengan cepat berupaya untuk membina keyakinan, tumpuan dan juga akan menjadi lebih bermotivasi. Bermula daripada sikap santai untuk menikmati proses pembelajaran, daripada kecuaian kepada fokus dan daripada harga diri yang rendah kepada sikap yang penuh keyakinan.

Pusat Perkembangan Mental Arikmetik (IMA) akan sentiasa berusaha keras untuk memastikan kualiti perkhidmatan kami dapat memenuhi keperluan dan harapan para murid sekalian. Matlamat kami adalah untuk menjadi sesebuah institusi pendidikan yang dapat membantu para murid untuk membina masa depan mereka yang cerah serta cemerlang. Laman Web rasmi Pusat Perkembangan Mental Arikmetik (IMA) merangkumi semua maklumat yang dapat membantu anda untuk memahami tentang kaedah pengajaran, peneyelidikan. Anda adalah amat dialu-alukan untuk melayari laman web rasmi kami untuk mengikuti proses kemajuan Pusat Perkembangan Mental Arikmetik (IMA).

Mengimbau masa lalu, Kami amat berbangga dengan pencapaian kami. IMA juga amat yakin serta komited untuk terus melangkah ke hadapan mencapai lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.

 

Terima Kasih dan Selamat Datang ke Laman Web Rasmi Pusat Perkembangan Mental Arikmetik (IMA).

Encik.Sam Tai

Pengarah Kumpulan IMA

Kembali

 

Salam Sejahtera dan Selamat Datang ke Pusat Perkembangan Mental Arikmetik IMA saya ucapkan.

Bermula daripada sebuah pusat pendidkan kecil sejak tahun 1997, Kami telah berubah menjadi sebuah Pusat Pendidikan Perkembangan Mental Arikmetik IMA pada hari ini. Kami telah melalui satu jalan yang penuh dengan cabaran untuk mempromosikan abakus dan mental arikmetik ke insitusi pendidikan sektor swasta yang telah mendapat sambutan luar biasa daripada para ibu-bapa serta francais di seluruh dunia.

Falsafah IMA bermatlamat untuk menjadi entiti yang terkemuka dalam menyediakan latihan, pengetahuan, perkhidmatan rundingan di seluruh dunia dalam bidang arikmetik dan minda kanak-kanak sebagai sebahagian daripada program perkembangan otak dan francais untuk individu serta masyarakat.

IMA telah berusaha secara berterusan untuk meningkatkan kualiti kandungan program ini bagi memenuhi tahap pembelajaran tempatan dan dunia dalam bidang abakus dan minda arikmetik. Pengajar di pusat-pusat IMA telah berusaha keras siang dan malam untuk memperoleh teknik pengajaran yang paling efektif serta berkesan demi para murid supaya mereka diajar dengan cara yang paling berkesan serta mudah difahami.

Kita dapat lihat bahawa, terdapat ribuan kanak-kanak yang telah mendaftar untuk program IMA di seluruh dunia. Sokongan padu yang ditunjukkan kepada IMA telah membuktikan bahawa program ini sangat penting dari segi aspek perkembangan otak kanak-kanak. Menurut kajian daripada Persatuan Arikmetik dan Mental Arikmetik Sedunia (WAAMA) telah menunjukkan pendidikan abakus serta mental arikmetik ini adalah paling sesuai untuk kanak-kanak yang berumur dalam lingkungan daripada 3-12 tahun. Kaedah pendidikan ini sangat membantu kanak-kanak daripada pelbagai aspek seperti pengiraan, tumpuan, tindak balas serta ingatan mereka. Tidak dapat dinafikan bahawa keupayaan untuk berfikir sememangnya dapat ditingkatkan dan seterusnya turut membantu untuk mengimbangi kekuatan otak kanak-kanak.

Tambahan pula, program IMA dijalankan tanpa mengira budaya, bangsa serta bahasa. Oleh sebab itu, ia turut dapat memupuk dan menyatukan setiap murid yang daripada latar belakang yang berbeza. IMA turut menjangkakan lebih ramai kanak-kanak yang akan menyertai program IMA dan seterusnya akan diperluaskan ke lebih banyak negara pada masa hadapan.

IMA juga berharap mampu untuk menarik lebih ramai individu serta institusi pendidikan yang mempunyai cita-cita yang tinggi untuk terlibat sama dalam bidang perniagaan francais di seluruh dunia. Di Samping itu, kami juga percaya potensi pasaran program IMA masih lagi berkembang. Oleh hal yang demikian, IMA menumpukan perkembangan perniagaan francais supaya ianya berupaya untuk sampai ke tahap pencapaian tertinggi. Selain itu, Kami turut berharap dapat memimpin program IMA ke pencapaian yang lebih membanggakan bersama-sama dengan semua francais yang kami kasihi.

Akhir kata, IMA mengalu-alukan anda semua untuk menjadi sebahagian daripada program IMA yang hebat dan menarik ini.

KEJAYAAN ANDA ADALAH KEUTAMAAN KAMI !

Terima kasih!

Encik Y. C. Leong

Pengarah Kumpulan IMA