IMA Abacus Mental Arithmetic, Kids Learning, Children Learning, IMA Academic, Sensory, Programmes, Foundation, Education, Creative Thinking, IMA, Abacus, Mental Arithmetic, Centre, Franchise, Learning Centre, Children Learning Centre, Enrichment Centre, Mental Arithmetic Learning Malaysia, Abacus Learning Malaysia IMA Abacus Mental Arithmetic, Kids Learning, Children Learning, IMA Academic, Sensory, Programmes, Foundation, Education, Creative Thinking, IMA, Abacus, Mental Arithmetic, Centre, Franchise, Learning Centre, Children Learning Centre, Enrichment Centre, Mental Arithmetic Learning Malaysia, Abacus Learning Malaysia
Pengenalan Program IMA Program Sensor IMA Program Yayasan IMA Program Pemikiran Kreatif IMA Matlamat Pendidikan IMA Peperiksaan Penggredan IMA Kemahiran Program IMA Penerangan Kursus IMA Bahan Pengajaran IMA
Tutup  X

Program Sensor IMA

 

4 BAHAGIAN UTAMA KURSUS SENSORI IMA

1)   Latihan Integrasi Deria Utama

2)   Latihan Integrasi Sensori Minor

3)   Program Kad Kilat Bahasa

4)   Buku Pendidikan Gambar

 

BAHAGIAN UTAMA LATIHAN INTEGRASI SENSORI

Titik latihan utama adalah melatih tulang belakang kanak-kanak. Tulang belakang adalah saluran kehidupan kedua manusia. Ia bukan sahaja menguasai perkembangan otak kiri dan kanan yang seimbang tetapi juga mengawal aktiviti harian serta kesihatan tubuh. Sistem saraf tidak akan dapat mengembang tanpa tulang belakang yang sihat. Mesej sendi besar dan kecil mesti dihantar ke otak melalui sistem saraf pusat. Sekiranya penghantaran adalah cepat maka semakin cepatlah tindak balasnya. Kecerdasan tubuh kanak-kanak dapat dinilai dengan perkembangan tulang belakang mereka. Prinsip panduan seseorang yang berbakat bukan hanya dinilai daripada segi pendidikan, tetapi ia juga meliputi kemahiran interpersonal (komunikasi lisan), kreativiti (kemampuan berfikir), reaksi (kecerdasan tubuh yang ditunjukkan) serta kemampuan pemerhatian dan juga penilaian. 

 

 

 

 

SKIL FINE MOTOR  ( AKTIVITI SENDI KECIL )

A - LATIHAN PENYELARSAN TANGAN-MATA

Ini adalah latihan kemahiran motor halus dan mempraktikkan kestabilan fokus visual serta kawalan hujung jari para murid. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan sendi pergelangan tangan kanak-kanak dan sendi jari kecil semasa melakukan sesuatu aktiviti. Oleh sebab itu, latihan integrasi deria kecil adalah asas pengembangan koordinasi dua hala.

 

 

 

 

B - LATIHAN KESTABILAN IBU JARI

Jari panjang atau pendek mempunyai fungsi yang berbeza. Ibu jari dan jari telunjuk digunakan untuk kebanyakan aktiviti. Namun hal yang demikian, pergerakan badan kanak-kanak merosot dan mereka tidak dapat menggunakan tangan dengan betul disebabkan oleh peningkatan kualiti hidup dan teknologi di era baru. Latihan kestabilan untuk ibu jari dan jari adalah tujuan utama Latihan Integrasi Sensori Minor IMA. Dengan memegang atau mengoperasikan objek menggunakan jari dapat mempromosikan titik fokus di bawah sedar dan kemampuan kawalan kekuatan. Kemampuan jangkaan ruang kanak-kanak juga akan dipupuk oleh aktiviti koordinasi tangan-mata.

 

 

 

 

C - LATIHAN KAWALAN OTOT TANGAN

Latihan memegang objek menggunakan tangan dengan koordinasi lima jari mendorong perkembangan otot tangan serta penyesuaian sendi kecil.

 

 

 

 

BUKU BERGAMBAR

Sebuah buku cerita bergambar melampirkan sejumlah kecil teks dan berdasarkan gambar. Apa yang disebut "rumah buku emas" adalah untuk memupuk minat anak-anak untuk membaca buku bergambar sejak kecil.

 

Dengan populariti dan perkembangan pesat produk elektronik, ia telah menyebabkan displasia tulang belakang kanak-kanak dan kesukaran menguasai bahasa bertambah buruk. Melalui buku bergambar pendidikan, ia dapat merangsang keinginan anak-anak untuk mengekspresikan dan juga meningkatkan kemampuan mereka untuk menyediakan asas pendengaran yang baik serta mendengar dalam kerjaya sekolah rendah mereka. Kami juga menekankan latihan personel, dan artikulasi adalah salah satu daripadanya.

 

Pendidikan buku bergambar, selain daripada untuk membimbing anak-anak untuk mengekspresikan kemahiran mendengar, tetapi juga meningkatkan kemampuan kognitif mereka terhadap sesuatu dan nilai-nilai moral, dan membentuk kejayaan masa depan hubungan tingkah laku yang baik. Sementara itu, dengan adanya bantuan gambar dan teks untuk menjawab soalan dengan cara latihan "pemikiran terarah", anak-anak juga dapat mengembangkan kemampuan analisis, penaakulan, imaginasi dan pemerhatian mereka.

 

KAD KILAT TIGA BAHASA IMA

Latihan Kad Kilat Tiga Bahasa IMA bertujuan untuk membimbing anak-anak membentuk radikal dengan sebatan dan menyatukan radikal menjadi kata-kata yang bertujuan untuk meningkatkan keyakinan anak-anak. Kami yakin bahawa menara tinggi dibina dari tanah. Untuk mempelajari bahasa Cina dengan berkesan, penguasaan sebatan dasar dan radikal bahasa adalah satu-satunya cara.

 

 

 

 

TUJUAN MENWUJUDKAN PUSAT SENSORI IMA

  • Kelambatan Bahasa
  • Halangan Bahasa
  • Kesukaran Pembelajaran
  • Hiperaktif / Aktif
  • Kesukaran Penumpuan

 

Tulang belakang yang tidak sihat akan menyebabkan anak-anak menhagadapi masalah-masalah seperti berikut:

 

KELEMAHAN BAHASA

 Kelemahan bahasa merujuk kepada kemampuan perkembangan bahasa kanak-kanak pada usia tertentu itu lebih lemah daripada rakan sebaya lain pada usia yang sama.

 

HALANGAN BAHASA

Halangan bahasa terbahagi kepada masalah pemahaman dan ekspresi. Memahami halangan adalah situasi bahawa anak-anak mempunyai masalah pemahaman dimana mereka tidak dapat memahami maksud yang dinyatakan daripada orang lain dalam proses komunikasi. Penghalang ekspresi merujuk kepada keadaan dimana kanak-kanak memahami orang lain tetapi mereka tidak dapat menyampaikan mesej yang tepat pada masa itu. Oleh sebab itu, kebanyakan kanak-kanak yang mempunyai masalah ekspresi kelihatan lebih gelisah dan mereka suka menangis untuk meredakan rasa ketidakselesaan mereka.

 

KESUKARAN PEMBELAJARAN

Kesukaran belajar merujuk kepada keadaan prestasi akademik pelajar yang sangat lemah berbanding rakan sebaya mereka. Mengenai masalah pembelajaran kanak-kanak, IMA tidak menekankan pemerolehan dan penyerapan pengetahuan. Kami lebih fokus dalam koordinasi persepsi visual serta memori pendengaran dalam mesej vestibular dengan kematangan koordinasi tangan-mata.

 

 

KETIDAKUPAYAAN PEMBELAJARAN

Memori corong adalah keadaan ketidakupayaan pembelajaran. Sebilangan besar penyebab kesukaran kognitif dalam membaca dan menulis serta mengeja adalah disebabkan oleh perkembangan sistem saraf pusat tidak normal yang menjadikan perkembangan otak kiri dan kanan tidak seimbang.

Masalah pembelajaran yang disebabkan oleh persekitaran akan dibincangkan tanpa faktor semula jadi. Kanak-kanak yang mempunyai kesukaran belajar mempunyai gejala yang sama seperti kesukaran dalam ingatan visual, diskriminasi visual, memori pendengaran dan diskriminasi suara. Aktiviti fizikal dan komunikasi interpersonal bagi kanak-kanak ini adalah sesuatu perkara yang biasa.

 

 

PENYAKIT HIPERAKTIF YANG DISEBABKAN OLEH KURANG PERHATIAN

Otak kanak-kanak telah terbentuk sebanyak 70% pada usia 3 tahun kanak-kanak itu. Aktiviti fizikal terutamnya merangkak pada awal usia kank-kanak itu membolehkan mereka mempunyai aktiviti senaman leher yang cukup. Di Samping itu ia juga mempromosikan perkembangansistem saraf yang baik dimana ia terdiri daripada otak dan saraf tunjang. Hadiah yang paling bermakna ibu-bapa boleh berikan kepada anak-anak mereka adalah memberikan apa yang terbaik dan sepatutnya kepada anak-anak mereka ketika mereka berusia dalam lingkungan 0-3 tahun. Ia bukan sahaja akan meningkatkan keupayaan untuk fokus tetapi juga keupayaan untuk berfikir, keupayaan bahasa, keupayaan menghafal dan juga keupayaan imaginasi.

 

Anak-anak yang hiperaktif dan mempunyai pemerhatian yang lemah berkait rapat dengan kurangnya aktiviti senaman untuk tujuh vertebra tulang belakang serviks. Produk elektronik seperti komputer, TV dan permainan video akan mengurangkan aktiviti fizikal tulang dan sendi. Tambahan pula, perkembangan sistem saraf pusat yang tidak matang pada saraf tunjang akan menyebabkan ketidakhadiran dan hiperaktif.