IMA Abacus Mental Arithmetic, Kids Learning, Children Learning, IMA Academic, Sensory, Programmes, Foundation, Education, Creative Thinking, IMA, Abacus, Mental Arithmetic, Centre, Franchise, Learning Centre, Children Learning Centre, Enrichment Centre, Mental Arithmetic Learning Malaysia, Abacus Learning Malaysia IMA Abacus Mental Arithmetic, Kids Learning, Children Learning, IMA Academic, Sensory, Programmes, Foundation, Education, Creative Thinking, IMA, Abacus, Mental Arithmetic, Centre, Franchise, Learning Centre, Children Learning Centre, Enrichment Centre, Mental Arithmetic Learning Malaysia, Abacus Learning Malaysia
Perutusan Pengarah IMA Pengenalan Syarikat IMA Sejarah Syarikat IMA Akademik Staf IMA Tonggak IMA Testimoni IMA Tanggungjawab IMA Penyempurnaan IMA Anugerah & Pengiktirafan IMA
Tutup  X

Tonggak IMA

1993

Sebuah pusat pendidikan kecil telah ditubuhkan di Johor Bahru, Malaysia. Ia terdiri daripada beberapa buah kelas serta tenaga pengajar yang terhad. Para pengajar telah berusaha untuk mencari dan menggunakan kaedah pengajaran yang terbaik untuk para murid. Disebabkan jumlah murid yang semakin bertambah, pusat pendidikan ini telah diperluaskan daripada segi kemudahan serta tenaga pengajar juga ditambah. Di samping itu, pasukan ahli pengurusan turut dibentuk pada tahun yang sama. Pendaftaran murid telah mula dikendalikan menggunakan sistem komputer supaya proses-proses ini dapat dikendalikan dengan lefektif serta efisien. Selain itu, pungutan yuran serta profil pelajar turut direkodkan dalam sistem pengurusan IMA. Tujuan ini dilakukan supaya setiap proses dapat dikendalikan dengan sebaiknya.



1997

IMA telah ditubuhkan sejak 1997 dan bertapak di Johor Bahru, Malaysia. Bermula daripada pusat pendidikan kecil telah berkembang menjadi sebuah pusat akademik profesional. Kami berusaha untuk meningkatkan mutu perkhidmataan dan program IMA ini untuk memastikan kemajuan murid dapat diteruskan pada setiap masa. Kami berdedikasi untuk memastikan penyampaian pelajaran, metodologi pelajaran, kemudahan dan kualiti akan dpaat menjadi nilai yang berharga bagi murid kami. Pada tahun 1997, IMA telah memulakan program perkembangan abakus & mental arikmetik serta perniagan francais.



2005

Pada mulanya, perniagaan francais telah berkembang dalam kawasan sekitar negeri Johor sahaja. Namun hal yang demikiain, apabila sistem sokongan francais serta pengurusan ditubuhkan, francais turut ditubuhkan di kawasan perumahan serta di bandar-bandar sekitar negeri Johor. Secara beransur-ansur semakin banyak francais di seluruh Semenanjung Malaysia ditubuhkan bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Selain itu, ia juga telah mula diperkenalkan dan diperluaskan ke negeri Sabah dan Sarawak selepas itu. Semua francais IMA menerima sokongan penuh sejak daripada awal perancangan bisnes sehingga keoperasi bisnes.



2006

Bagi menilai dan mendorong murid-murid IMA di semua francais, Edisi pertama pertandingan Mental Arikmetik telah diadakan pada tahun 2006 yang bertempat di Pulai Springs. Kami dengan berbesar hati serta dengan segala hormatnya menjemput DULI YANG MAHA MULIA RAJA ZARITH SOFIAH BINTI ALMARHUM SULTAN IDRIS SHAH untuk merasmikan pertandingan ini. Semua peserta menikmati pertandingan yang diadakan ini. Mereka telah menunjukkan prestasi terbaik sewaktu pertandingan. Dalam majilis berkenaan, terdapat juga acara hiburan seperti acara silap mata, seminar pendidikan serta acara kanak-kanak yang lain.



2007

Selepas melalui proses permohonan dan penilaian, IMA dengan rasminya telah menjadi ahli Persatuan Abakus dan Mental Arikmetik Sedunia (WAAMA) di China sejak tahun 2007. Dengan penyertaan ini, ia telah membolehkan IMA untuk terus berhubung dengan komuniti abakus dan mental arikmetik. Tujuannya adalah untuk mengekalkan pembangunan profesional. Kualiti penyelidikan dalam abakus dan mental arikmetik telah disokong dan digalak oleh masyarakat global.



2008

Dengan siasatan yang konsisten melalui pengalaman profesional dalam bidang penyelidikan dan pembangunan, paten abakus yang juga dikenali sebagai "New Era Abacus" telah pun diwujudkan. Selain itu, kami juga telah berjaya meluaskan perniagaan francais ke bumi Palestin dan Pakistan. Pendidkan Abakus & Mental Arikmetik telah menerima sambutan yang menggalakan dan sokongan di pelbagai negara. Edisi kedua pertandingan IMA Mental-Arikemtik telah diadakan di Pusat Konvensyen Persada Johor. Majilis ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Wee Jeck Seng, bekas Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia.



2009

IMA telah meletakkan keutamaan dalam permasaran atas talian sejak permulaan abad ke-21. Kami telah melancarkan program IMA di Myanmar pada suku pertama tahun 2009 dalam satu acara perasmian besar-besaran. Pada tahun yang sama, IMA dengan rasminya turut mendapat pengiktirafan oleh KementerianPerdangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan dan juga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi & Kepenggunaan.



2010

IMA telah meluaskan pasaran ke negara-negara seperti Egypt dan Vietnam. Sementara itu, pelancaran siri program IMA Pemikiran Kreatif juga telah dilancarkan. Ia adalah sejenis pemikiran yang berdasarkan kepada pembelajaran dimana ia mampu untuk megaktifkan potensi murid. Tambahan pula, IMA turut melancarkan edisi ketiga dwi-tahunan Pertandingan abakus dan mental arikmetik di Pusat Konvensyen Persada Johor pada bulan Disember.



2011

Sejak tahun kebelakangan ini, kami telah melakukan banyakan perubahan untuk meningkatkan lagi kualiti program IAMdi peringkat global. IMA terus meluaskan program IMA ke Turkey. Dalam beberapa siri temubual yang diadakan, IMA dengan cepatnya telah berjaya menubuhkan 20 buah francais di negara Turkey. Selain itu, IMA juga telah diakredetasi oleh Persatuan Fraincais Malaysia (MFA) bermula pada tahun ini.



2012

Ia adalah sesuatu yang signifikan dan tahun yang amat penting untuk IMA. Selepas mendapat kelulusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), kami telah melanacarkan program IMA di sekitar negara Asean bermula daripada Singapura dan Filipina. Di samping itu, edisi keempat pertandingan abakus dan mental arikmetik telah diadakan dengan jayanya di Pusat Konvensyen Genting Highlands. Acara ini telah berjaya menarik ribuan peserta dari dalam dan luar negara.

2013

IMA berkembang dengan cepat di peringkat tempatan mahupun antarabangsa. Pada masa sekarang, IMA telah mengembangkan program IMA di Sudan, Sri Lanka, Morocco, Arab Saudi dan Emiryah Arab Bersatu (UAE). Lembaga Pengarah turut menyasarkan untuk memperluaskan lagi rangkaian francais ke seluruh dunia untuk terus mempopularkan pendidkan abakus dan mental arikemtik.

2014

IMA terus berkembang ke negara-negara seperti Iran, Jordan, Qatar, Bahrain, Kuwait yang terletak di benua Eropah dan Afrika. Tambahan pula, kami juga menganjurkan Pertandingan antarabangsa IMA di Resort World Sentosa, Singapura.

2015

Tahun ini merupakan satu tahun yang penting untuk Kumpulan Pendidkan IMA. Kami telah berjaya memperkenalkan program IMA ke Kazakhstan, Russia, Kyrgyzstan, Uzbekistan, Turkmenistan dan Tajikistan.